Nama   : Mohammad Haris Bin Che Ismail

Umur    : 13 Tahun

Ahli       : 2016

 

Latar belakang

Adik Harris merupakan pelajar yang aktif bersukan di sekolah. Beliau sering melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti ko-kurikulum. Sifat ingin tahu dan suka bertanya beliau membolehkan beliau menerima sesuatu pembelajaran dengan cepat. Beliau juga tidak malu untuk bertanya kepada petugas jika mengalami sebarang masalah, malah beliau sering membantu rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam melayari internet.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Seperti murid-murid lain di kawasan ini, rata-rata keluarga datangnya dari keluarga yang sederhana.Program anjuran sekolah dengan kerjasama Pusat Internet merupakan titik mula kepada pengenalan ICT setelah menyertai Kursus Asas Komputer dan Internet di Pusat Internet.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Adik Harris merupakan seorang peserta latihan dan kelas ICT yang mempunyai minat yang tinggi dalam sesi pembelajaran. Beliau mudah menerima apa yang diajar kepadanya dan turut membantu rakan-rakanya yang lain. Beliau sering berkunjung ke PI untuk mencari bahan dan maklumat berkaitan kerja sekolahnya bersama rakan-rakannya.

   Haris 1 Haris 2 Haris 3