Kampung Kuala Gris berasal daripada sebatang sungai yang dinamakan Sungai Gris. Pada asalnya kampung ini terletak di pinggir Sungai Kelantan. Namun peristiwa banjir besar pada tahun 1967 yang  memperlihatkan keseluruhan kawasan Kuala Gris musnah. Paras air pada waktu itu digambarkan sehingga melangkaui paras bumbung Sekolah Kebangsaan Kuala Gris. Pada tahun 1979, perkampungan Kuala Gris telah dipindahkan ke lokasi seperti hari ini hasil daripada perbincangan wakil penduduk serta hasil usaha daripada Tengku Razalieggh Hamzah dan Jawatankuasa Permohonan Kampung yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan penempatan baru dari daripada pihak pengurusan Syarikat Ladang Estet Kuala Gris.

 

(Sumber : Dirujuk daripada Buku Latihan Ilmiah Mohd Syafaiz bin Mohd Saufi : Sejarah Kampung Kuala Gris, 1900 hingga 1995)