Lata Kertas Lepan Anjung Dabong
Merupakan taman rekreasi tempatan. Mempunyai kemudahan tempat berkelah. Kemudahan yang terdapat di kawasan tersebut adalah seperti wakaf, laluan pejalan kaki, tandas awam, surau dan juga sebuah kedai. Jaraknya dengan bandar atau pekan terdekat adalah 12km dari bandar Dabong dan 56km dari Bandar Jeli, manakala dari Gua Musang pula adalah sejauh 75km dan jaraknya dengan Air Terjun Gunung Stong adalah 7km. Untuk sampai ke sana adalah melalui jalanraya Jeli-Gua Musang hanya dengan kenderaan sendiri atau kereta tambang (Prebet Sapu) yang boleh didapati di Stesen Keretapi Dabong atau di pekan Jelawang dengan kadar bayaran RM 25/orang.
Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Jelawang Pipe Resort & Extreme Park (JPREP) adalah merupakan tarikan baru pelancongan dan rekreasi di kawasan Dabong khususnya dan Negeri Kelantan amnya. Kawasan rekreasi ini ditubuhkan pada tahun 2018 memberi pengalaman baru kepada pengunjung dan pelancong yang sukakan kedamaian dan aktiviti lasak. Lokasi ini juga sesuai sebagai lokasi kem kepemimpinan, kem jati diri dan sebagainya dengan disediakan kemudahan dan kelengkapan serta jurulatih bertauliah untuk aktiviti lasak.
JPREP ini terletak di Kampung Sungai Batu, Jelawang dan boleh dihubungi melalui Jalan Jeli- Gua Musang kiran 66.5 KM dan 88.1 KM dari Bandar Kuala Krai.
Waktu Operasi JPREP :
8.00 pagi - 7.00 petang ( Setiap Hari )
Facebook : Jelawang Pipe Resort & Extreme Park
Tiket Masuk dan Bayaran Pakej Resort & Extreme Park
- Tiket Kemasukan Berkhemah Flying Fox/ Zipline
-
- Kereta – RM3 Tapak Khemah - RM 3 / Seorang RM 15 / Seorang
- Motosikal – RM1 Minima 5 Orang
- Water Tubing Via Ferrata Waterfall Hiking
- RM60/Seorang RM75/Seorang RM25/Seorang
- Tempahan 3 Hari Sebelum Minima 3 Orang, 15 Orang, dan Keatas Minima 5 Orang
- Tempahan 3 Hari Sebelum Aktiviti
Caving Single Tube Room Double Tube Room
- RM20/Seorang RM 60 / Malam RM 100 / Malam
- Minima 5 Orang Sesuai untuk 2 orang dewasa Sesuai untuk 4 orang dewasa
- 1 Katil Queen - Termasuk Sarapan 2 katil Quenn
- Termasuk Sarapan
Triple Tube Room
- RM170/Malam
- Sesuai Untuk 6 Orang Dewasa
- 3 Katil Queen -Termasuk Sarapan Pagi
- Tandas Persendirian
Tempat BBQ