Tarikh    : 1 & 2 Ogos 2022

Masa     : 10.00 am – 1.00 pm

Tempat  : PEDi Kuala Gris

 

TUJUAN

          • Latihan ICT dan Keusahawanan ini diadakan sempena Hari Bersama Komuniti peringkat  Kluster Kuala Krai yang diadakan lebih awal. Latihan ini memberi fokus kepada latihan asas ICT dan keusaawanan kepada para usahawan.

AKTIVITI

        • Sesi latihan ini dijalankan dalam dua sesi iaitu sesi latihan asas ICT pada hari pertama dan Latihan asas keusahawanan pada hari kedua. Peserta terdiri daripada usahawan AIM dan bakal usahawan yang berminat untuk menyertai sesi latihan ini.

        • Peserta terlebih dahulu diberikan taklimat dan pengenalan PEDi dan perananya dalam membantu usahawan setempat dalam pendigital perniagaan mengikut arus semasa. Seterusnya peserta didedahkan dengan asas penggunaan komputer dan internet disamping pengenalan kepada beberapa media sosial yang boleh dijadikan platform perniagaan untuk sesi kedua.
          • Pada sesi kedua, peserta didedahkan dengan latihan asas Shopee berkenaan cara untuk mencipta akaun untuk perniagaan dan mengendalikannya. Selain itu, peserta juga didedahkan secara asas beberapa platform perniagaan lain seperri facebook page, whatsapp business dan tiktok shop.
          Untuk Lebih Banyak Gambar  Klik disini

Tarikh    : 15 Julai 2022

Masa     : 10.00 am – 11.00 am

Tempat  : PEDi Kuala Gris

TUJUAN

          • Menghampiri bulan kemerdekaan, sesi latihan pada kali ini menerapkan tema kemerdekaan dengan menggunakan laman sesawang Quiziz.com

AKTIVITI

        • -Peserta terlebih dahulu diberikan taklimat oleh petugas sebelum bermulanya sesi latihan.
          - Peserta kemudiannya diberikan tugasan untuk mencari maklumat berkaitan dengan topik kemerdekaan sebelum menjawab soalan kuiz kemerdekaan dengan laman sesawang Quiziz.com
          • -Peserta mendapat pengetahuan berkenaan dengan kemerdekaan negara dan menyemai sifat patriotik dalam kalangan peserta.
          • -Peserta diberikan panduan oleh petugas sebelum menjalankan tugasan yang diberikan oleh petugas.
          Untuk Lebih Banyak Gambar  Klik Disini

Tarikh    : 17 Mei 2022

Masa     : 10.00am – 12.00pm

Tempat  : PEDi Kuala Gris

TUJUAN

          • Latihan pada kali ini memberi pendedahan tentang pentingnya pengetahuan berkenaan kegiatan buli terutamanya dalam dunia siber.

AKTIVITI

        • -Di awal sesi, peserta diberikan penerangan oleh petugas berkeaan dengan topik iaitu apa itu buli dan bagaimana kesan sekiranya seseorang itu dibuli sama ada secara fizikal atau mental.
        • -Peserta juga diberikan penerangan berkenaan dengan kegiatan buli di alam siber. Seterusnya, peserta diberikan soalan kuiz menerusi laman Quiziz.Com.
          • -Peserta mendapat pengetahuan berkenaan apa itu buli secara fizikal dana pa itu buli di alam siber agar peserta dapat membuat dan mengambil langkah untuk mengelakkan dari terus menjadi mangsa buli.
          • -Peserta diberikan panduan oleh petugas sebelum menjawab soalan kuiz yang disediakan menerusi laman Quiziz.com
          Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini Klik Disini

Tarikh    : 26 Jun 2022

Masa     : 03.00 pm– 05.00pm

Tempat  : PEDi Kuala Gris

TUJUAN

          • Sesi latihan pada kali ini memberi pengenalan kepada para peserta berkenaan dengan cara penggunaan dan kegunaan perisian Microsoft Office Powerpoint.

AKTIVITI

        • -Di awal sesi, peserta diberikan penerangan dan taklimat berkenaan dengan topik asas menggunakan MS Powerpoint dan kegunaannya terutama untuk membuat persembahan kepada audien.
          - Peserta kemudiannya diberikan tugasan oleh petugas iaitu mencari gambar di internet dan perlu memasukkan gambar tersebut ke dalam MS powerpoint.
          • -Peserta mendapat pengetahuan asas berkenaan penggunaan MS Powerpoint.
          • -Peserta diberikan panduan oleh petugas sebelum menjalankan tugasan yang diberikan oleh petugas.
          Untuk Lebih Banyak Gambar  Klik Disini

Tarikh    : 23 April 2022

Masa     : 10.00am – 12.00pm

Tempat  : PEDi Kuala Gris

TUJUAN

          • Latihan pada kali ini bertemakan sambutan Aidilfitri disamping memberi pengukuhan kepada peserta dalam kemahiran menaip menggunkan Microsoft Office Word

AKTIVITI

        • -Peserta diberikan tugasan oleh petugas untuk melayari laman sesawang Youtube dan memilih lirik lagu hari raya yang diminati oleh peserta
        • -Seterusnya peserta diminta untuk menyalin lirik lagu tersebut dan perlu menyatakan kenapa mereka berminat terhadap pilihan mereka itu dengan menaip sebuah karangan dengan menggunakan MS Office Word.
          • -Peserta mendapat pengukuhan kemahiran menaip dan menggunakan perisian Microsoft Office Word.
          • -Peserta juga dapat menggunakan kreativiti yang ada dalam menghasilkan sebuah karangan yang menarik.
          Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini Klik Disini