Tarikh    : 11 Januari 2021

Masa     : 02.45 pm - 04.45 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Sesi latihan pada kali ini merupakan siri pengenalan kepada perkakasan dan fungsi komputer kepada peserta OKU (Masalah Pembelajaran) yang mengalami kesukaran untuk memahami dan mengikuti sesuatu perkara. 

AKTIVITI

Pada sesi latihan ini, petugas memperkenalkan kepada peserta mengenai peralatan dan bagaimana cara penggunaan peralatan tersebut. Peserta juga turut diperkenalkan berkenaan dengan tombol dan fungsi yang terdapat di papan kekunci. Walaupun peserta mengalami sedikit kesukaran untuk mengingat dan memahami sepenuhnya, namun peserta sangat teruja dengan sesi latihan pada kali ini.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 10 Januari 2021

Masa     : 10.00 am - 12.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Kelas pada kali ini memberi fokus kepada kemahiran menggunakan Adobe Photoshop. Peserta juga dapat menggunakan ilmu pada kali ini untuk membuat gambar passport mereka sendiri.

AKTIVITI

Peserta di ajar cara bagi mengambil gambar passport dengan betul. Seterusnya, peserta dikehendaki membuka adobe photoshop dan diperkenalkan dengan tools bagi membuang latar pada gambar dan menggantikannya dengan warna yang sepatutnya. Seterusnya, memotong gambar mengikut size yang sepatutnya.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 10-13 Disember 2020

Masa     : 10.00 pm - 06.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Kelas pada kali ini bertujuan bagi membantu pelajar kelas KAFA yang tidak mempunyai peranti mudah alih bagi menjawab soalan peperiksaan KAFA . Selain itu juga, Peserta diberi pendedahan bagi pengunaan komputer dan internet.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang asas komputer dan internet oleh petugas sebelum memulakan sesi menjawab soalan. Seterusnya Ustazah Zaliha (Wakil SK Kuala Gris) memberi link kepada soalan-soalan tersebut melalui google form dan peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 17 Disember 2020

Masa     : 2.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Kelas pada kali ini memberi fokus kepada kepentingan internet serta kemahiran peserta. Melalui Youtube, peserta dapat mempelajari pelbagai perkara yang berfaedah. Selain itu, peserta juga dapat menambah kemahiran dalam mencipta pelbagai kragtangan.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman web Youtube.com dan melihat cara-car membuat kraft bunga mawar menggunakan kertas. Seterusnya peserta dikehndaki membuat kraft tersebut berdasarkan apa yang dipelajari dari youtube dengan bantuan petugas.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 15 Novomber 2020

Masa     : 2.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai etika di media sosial.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang etika di media sosial dan diberi pendedahan melalui iklan-iklan mengenai tka di media sosial yang terdapat di youtube.com. Seterusnya peserta dikehendaki menerangkan semula apa yang mereka fahami mengenai etika di media sosial. Selanjutnya, peserta perlu menjawab soalan-soalan kuizz yang diberikan berkaitan dengan mediaa sosial.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini