Tarikh    : 24 Jun 2020

Masa     : 3.00 pm - 5.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN

Membantu belia menyediakan simple resume bagi permohonan kerja.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang maklumat-maklumat yang patut ada di dalam resume. Seterusnya peserta dikehendaki membuat satu resume berdasarkan penerangan dan contoh yang diberikan oleh petugas.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 08 MAC 2020

Masa     : 10.00 am - 12.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 1 Orang

 

TUJUAN

Aktiviti pada kali ini disertai oleh seorang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu adik Athirah bagi mengisi maklumat dalam portal carian kerja SPA bagi lepasan SPM.

AKTIVITI

Adik Athirah dikehendaki membuka akaun gmail terlebih dahulu dan seterusnya mengisi maklumat-maklumat yang dikehendaki di dalam portal SPA. Petugas juga membantu adik Athirah dalam pemilihan pekerjaan yang beliau minati.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 07 MAC 2020

Masa     : 10.00 am - 11.00 am

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 7 Orang

 

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 7 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk menambah pengetahuan asas tulisan jawi dan bendara-bendera di Malaysia kepada peserta dengan menjawab kuiz-kuiz yang disediakan oleh petugas.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman web quizziz.com dan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh petugas. Peserta juga akan bertanya kepada petugas bagi tulisan-tulisan jawi yang tidak diketahui oleh mereka.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 07 MAC 2020

Masa     : 11.00 am - 12.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN

Aktiviti pada kali ini disertai oleh 8 orang peserta bagi melatih tahap penyelesaian masalah peserta serta sifat kerjasama dalam kumpulan. Selain itu, peserta juga dapat memperkasakan penggunaan peralatan komputer seperti tetikus dan keyboard.

AKTIVITI

Peserta dibahagikan kepada empat kumpulan yang mempunyai dua orang untuk satu kumpulan. Seterusnya, peserta dikehendaki membuka laman web jigsaw.puzzle dan menyelesaikan puzzle yang diberikan dalam masa 45 minit. Kumpulan yang dapat menyelesaikan puzzle paling banyak menjadi pemenang pada pertandingan kali ini.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini 

Tarikh    : 15 FEBRUARI 2020

Masa     : 04.30 pm - 05.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk menambah pengetahuan asas komputer kepada peserta dengan mencari perkataan-perkataan yang berkaitan dengan komputer.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman web https://thewordsearch.com/ dan mencari perkataan-perkatan yang berkaitan dengan komputer. Peserta juga akan bertanya kepada petugas bagi perkataan-perkataan bagi term komputer yang tidak diketahui oleh mereka.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini