Tarikh    : 1 November 2019

Masa     : 10.30 am - 12.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

TUJUAN

Kelas pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan bagi memberi peluang kepada peserta bagi mencipta artikel mengenai "Pusat Internet Dihatiku". Disamping itu, para peserta juga dapat membuat persedian bagi peperiksaan mereka nanti dengan berlatih mengarang artikel pada kali ini.

 AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka Microsoft word dan mula mengarang artikel bertajul "Pusat Internet Dihatiku". Setelah selesai, peserta dikehendaki memuatnaik artikel tersebut ke Dashboar MyKomuniti.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 06 November 2019

Masa     : 9.00 am - 2.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

TUJUAN

Program Lestari ICT & Cakna Kesihatan merupakan program tahunan pusat internet. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti. Program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet Kuala Gris dengan komuniti sekitar sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra ICT dan Teknologi. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi menerapkan kesedaran menjaga kesihatan dikalangan penduduk setempat serta kemudahan asas pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan gula dan tekanan darah yang terdapat dipusat internet.

AKTIVITI

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan ialah pemeriksaan kesihatan percuma serta saringan PEKA B40, pameran pergigian, gosok gigi beramai-ramai kanak-kanak, pemeriksaan gigi,derma darah, bengkel asas komputer,  pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan puzzle, pertandingan 'push-up', pertandingan 'skipping', kuiz ICT: KDB & Portal PI kuala Gris, kuiz Kahoot dan banyak lagi. 

Diharap dengan adanya program seperti ini, Pusat Internet dapat menjadi tempat rujukan bagi komuniti Kuala Gris dan setempat.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 05 Oktober 2019

Masa     : 4.30 pm - 5.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 8 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengenalpasti pengetahuan peserta dalam memilih makanan yang halal beserta memberi pengetahuan yang lebih mendalam lagi kepada peserta melalui kuiz-kuiz yang disediakan.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka pautan quizziz.com dan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh petugas. Petugas akan memberi penerangan terhadap sesuatu soalan jika terdapat peserta yang menjawab dengan salah pada soalan tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Tarikh    : 10 Oktober 2019

Masa     : 10.15 am - 11.15 am

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 5 Orang

 

TUJUAN

Membantu ahli Pusat Internet Kuala Gris yang tidak mempunyai capaian internet untuk menjawab peperiksaan online SPA.

AKTIVITI

Lima orang ahli Pusat Internet yang layak menduduki peperiksaan online Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan tidak mempunyai capaian internet di rumah mereka telah  menggunakan Pusat Internet untuk menyelesaikan peperiksaan mereka. Peperiksaan tersebut bermula pada jam 10.15 pagi dan berakhir pada jam 11.15 pagi.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh    : 07 September 2019

Masa     : 11.00 am - 1.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 9 Orang

 

WhatsApp Image 2019 09 08 at 17.24.05

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 9 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengasas kemahiran peserta dalam membuat video beserta menanam sifat sayangkan Malaysia dalam diri peserta.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka Window Movie Maker dan mencari maklumat-maklumat berkaitan tema iaitu "Malaysiaku Bersih". Seterusnya peserta dikehendaki mengabung semua maklumat-maklumat yang dikumpulkan dan mencipta video mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini