Tarikh    : 21,22,23,24 & 28 Ogos 2020

Masa     : 2.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 26 Orang

 

TUJUAN

Bengkel pada kali ini berlansung selama lima hari di bilik latihan pusat internet Kuala Gris bertujuan untuk membantu peserta pertandingan dalam penyediaan poster bagi menyertai pertandingan poster pusat internet.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan secara terperinci tentang cara-cara bagi menggunakan applikasi canva dalam menyediakan poster. Seterusnya, pesrta diberi peluang membuat poster mereka sendiri. 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 16 Ogos 2020

Masa     : 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 3 Orang

 

TUJUAN

Membantu peserta menyediakan video menggunakan window movie maker.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang cara-cara serta fungsi-fungsi tools yang terdapat di dalam window movie maker. Seterusnya peserta dikehendaki membuat satu video berdasarkan penerangan dan contoh yang diberikan oleh petugas dengan menggunakan video mereka sendiri.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 19-20 Julai 2020

Masa     : 8.00 am - 5.00 pm

Tempat  : Tapak Pasar Kuala Gris

Anjuran  : Jabatan Perikanan Malaysia

 

TUJUAN

Membantu nelayan sungai serta penduduk kampung dalam penyedian produk ikan pekasam dengan menggunakan ikan sungai sebagai sumber serta melahirkan lebih ramai usahawan tempatan.

AKTIVITI

Program bermula dengan penerangan kepada penduduk tentang fungsi MyKomuniti Perikanan dimana ia bertujuan bagi membantu nelayan sungai bagi menaiktarafkan kehidupan mereka. Seterusnya wakil dari MyKomuniti Perikanan Pasir putih membuat demostrasi bagii menghasilkan ikan pekasam. Program diteruskan dengan aktiviti jual beli  ikan pekasam sungai serta  cara memasak bagi ikan pekasam tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 14 Ogos 2020

Masa     : 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

 

TUJUAN

Membantu usahawan membuat rekod perniagaan berdasarkan jualan dalam talian di dalam aplikasi shopee dengan menggunakan microsoft excel sebgai tempat merekodkan stock dan jualan.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang cara-cara bagi merekodkan stock awal serta harga modal dan juga harga jualan dan cara-cara bagi merekodkan tambahan stock. Peserta juga diminta membuat lakaran awal bagi jualan tersebut supaya lebih memahami cara-cara bagi merekodkan jualan masing-masing.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 17 Julai 2020

Masa     : 3.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 4 Orang

 

TUJUAN

Membantu usahawan memulakan perniagaan dalam talian di dalam aplikasi shopee dengan pengenalan kepada cara-cara mudah bagi memuatnaik produk.

AKTIVITI

Peserta diberi penerangan tentang cara-cara bagi membuka akaun shopee dan kelebihannya. Seterusnya peserta diajar cara bagi menghias kedai serta setup penghantaran di shopee. Peserta juga diberi penerangna cara-cara bagi memuatnaik produk di kedai masing-masing dengan meletakkan variasi pilihan kepada pelanggan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini