Tarikh    : 19 DISEMBER 2019

Masa     : 10.00 am - 11.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 5 Orang

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 5 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menguasai kemahiran menaip dan penggunaan microsoft word.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka microsoft word dan mula menaip karangan yang bertajuk "Pengalaman Cuti Sekolah". Petugas juga membantu peserta dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 15 DISEMBER 2019

Masa     : 10.30 am - 11.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 4 Orang

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 4 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menguasai kemahiran menaip dengan pantas. 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka website Typinggames.zone dan memilih 'speed typing car race'. Melalui 'speed typing car race', peserta dikehendaki menaip pantas bagi memastikan kereta pilihan mereka bergerak laju.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 03 DISEMBER 2019

Masa     : 09.30 am - 11.30 am

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 7 Orang

TUJUAN

Kelas pada kali ini disertai oleh 7 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada para peserta dalam menguasai Ms Powerpoint. Disamping itu juga, para peserta dapat mempelajari ilmu mencipta animasi pendek yang mudah dengan hanya menggunakan Ms Powerpoint.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka Ms Powerpoint  dan mula memasukkan gambar-gambar PNG yang telah disediakan oleh petugas mengikut susunan yang dikehendaki oleh mereka. Selepas itu, peserta diberi penernagan dalam menambah pergerakan untuk gambar-gambar yang telah dimasukkan oleh mereka. Setelah siap, peserta diajar cara bagi menyimpan animasi pendek mereka dalam bentuk 'movie'.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 03 DISEMBER 2019

Masa     : 11.30 am - 12.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 7 Orang

TUJUAN

Kelas pada kali ini disertai oleh 7 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan bagi membantu peserta dalam penguasaan waktu dan penguasaan membaca jam.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka Quizziz.com dan menjawab kuiz-kuiz yang disediakan oleh petugas. Petugas akan memberi penerangan jika terdapat soalan-soalan yang tidak dapat dijawab oleh peserta.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 4,5,7 November 2019

Masa     : 09.00 am - 01.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 30 Orang

TUJUAN

"Bengkel Asas Komputer" pada tahun ini diadakan selama 3 hari iaitu pada 4,5 dan 7 November 2019 selama 4Jam dan disertai oleh 30 orang pelajar Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Kuala Gris. Tujuan bengkel ini adakan adalah bagi membantu pelajar membuat persediaan untuk menghadapi kerja-kerja yang memerlukan penggunaan komputer semasa di sekolah menengah dan seterusnya. Bengkel pada kali ini membantu pelajar menguasai ilmu 'Asas Komputer', 'Asas Internet', dan 'Asas Microsoft Office'.

 AKTIVITI

Pada jam pertama, peserta diperkenalkan dengan alat-alat komputer dan fungsi-fungsinya. Pada Jam yang kedua, peserta diperkenalkan pula dengan asas-asas internet seperti cara selamat carian google, maps, youtube dan sebagainya. Seterusnya peserta diperkenalkan dengan Microsoft Office dan dikehendaki membuat latihan menggunakan salah satu Microsoft basic. Pada jam terakhir, peserta akan diberi soalan bagi memastikan mereka memahami apa yang telah dipelajari.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini