Tarikh    : 06 September 2019

Masa     : 3.45 pm - 4.45 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

WhatsApp Image 2019 09 08 at 17.24.04 15

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 8 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu peserta dalam menguasai bahasa inggeris secara santai dengan menyanyikan lagu-lagu bahasa inggeris kegemaran mereka.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman sesawang youtube.com dan memilih lagu-lagu kegemaran mereka. Seterusnya peserta menyanyikan lagu-lagu tersebut. Selesai menyanyikan lagu pilihan mereka, peserta dikehendaki menterjemahkan maksud disebalik lagu tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh    : 02 September 2019

Masa     : 11.45 am - 12.45 pm / 3.30 pm - 5.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 7 Orang

 

WhatsApp Image 2019 09 05 at 11.13.55 AM

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 7 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membantu pelajar tingkatan 1 bagi menguasai matapelajaran matematik iaitu persamaan linear.

AKTIVITI

Peserta diberi tunjuk ajar cara bagi menyelesaikan masalah matematik: Persamaan Linear melalui contoh-contoh soalan yang terdapat di internet. Seterusnya peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan yang disediakan dengan bantuan petugas.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 06 Ogos 2019

Masa     : 9.00 am - 4.00 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

WhatsApp Image 2019 08 13 at 5.07.47 PM

TUJUAN

Program Hari Bersama Komuniti merupakan program tahunan pusat internet. Program ini dijalankan bagi memperkenalkan pusat internet sebagai tempat rujukan komuniti. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara Pusat Internet Kuala Gris dengan komuniti sekitar sekaligus mewujudkan persekitaran yang mesra ICT dan Teknologi.

AKTIVITI

Antara aktiviti dan pertandingan yang diadakan pada Hari Bersama Komuniti tahun ini ialah pemeriksaan kesihatan percuma, pameran agensi seperti LHDN, Giat MARA dan Perpustakaan Desa Kuala Gris, bengkel penghasilan video,pertandingan mewarna kanak-kanak, pertandingan origami, kuiz ICT: KDB & Portal PI kuala Gris, kuiz Kahoot dan banyak lagi. Program ini telah dirasmikan oleh Ir. Dr. Mohd Yazid Bin Abdullah selaku Pengerusi PH Parlimen Kuala Krai. 

Diharap dengan adanya program seperti ini, Pusat Internet dapat menjadi tempat rujukan bagi komuniti Kuala Gris dan setempat.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 24 Ogos 2019

Masa     : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20190824 154325

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 8 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang browser yang boleh digunakan untuk melayari internet dan website dan webpage yang popular.

AKTIVITI

Peserta diperkenalkan dengan semua browser yang boleh digunakan untuk melayari internet. Seterusnya peserta dikehendaki mencari browser tersebut yang terdapat di dalam komputer. Setelah mereka memilih untuk menggunakan browser yang diingini, peserta diperkenalkan dengan webpage daan website yang terkenal seperti Google.com dan Youtube.com.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 03 Ogos 2019

Masa     : 4.30 pm - 5.30 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

WhatsApp Image 2019 08 13 at 3.42.09 PM

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 8 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengasas kemahiran menaip peserta.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman web 10Fastfinger.com. Peserta dikehendaki berlatih menaip selama 30 minit mengikut kemampuan masing-masing. Seterusnya peserta diuji tahap kepantasan menaip.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini