Tarikh    : 22 APRIL 2019

Masa     : 4.00 pm - 5.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 9 Orang

 

IMG 20190422 164710

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 9 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk menambah ilmu bahasa inggeris kepada para peserta. Dimana latihan pada kali ini memberi fokus kepada pembelajaran personal pronouns.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka pautan laman sesawang e-leraningforkids.org dan memilih topic Pronouns, Language Arts. Peserta dikehendaki mendengar penerangan yang diberikan dan diberi tugas bagi menjawab semua soalan-soalan yang disediakan bagi menndapatkan markah.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 19 APRIL 2019

Masa     : 2.45 pm - 3.45 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 3 Orang

 

IMG 20190419 150008

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 3 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengilat tahap membuat karangan ringkasan yang baru dipelajari disekolah bagi pelajar tingkatan dua.

AKTIVITI

Petugas memberi penerangan kepada peserta cara-cara mengambil isi dalam karangan panjang bagi membuat karangan ringkasan. Kemudian peserta diberi soalan dan dikehendaki membuat ringkasan bagi soalan tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 06 APRIL 2019

Masa     : 10.00 am - 12.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 10 Orang

 

WhatsApp Image 2019 04 06 at 12.03.21 1

TUJUAN

Latihan pada kali ini disampaikan oleh Encik Haris yang merupakan freelance photoghraher dari Kuala Lumpur dan disertai oleh 10 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk mengasas kemahiran asas komposisi dan fotografi para peserta. 

AKTIVITI

Encik Haris menunjukkan contoh-contoh gambar yang telah diambil oleh beliau dan menerangkan cara-cara bagi mendapatkan gambar yang baik. Seterusnya para peserta diberi peluang untuk mengambil gambar dari sudut-sudut tertentu yang telah di terangkan sebelum ini. 

Diharap dengan adanya latihan seperti ini, para peserta dapat mempraktikkannya dan boleh menggunakannya pada masa hadapan. Diharap juga lebih ramai organisasi atau individu diluar sana yang sudi berkongsi ilmu dengan penduduk kampung.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 06 APRIL 2019

Masa     : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 4 Orang

 

IMG 20190406 153653

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 4 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan untuk membiasakan peserta dengan bahasa inggeris dengan mendengar lagu-lagu inggeris.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka pautan laman sesawang youtube dan mencari lagu bahasa inggeris. Seterusnya petugas menerangkan maksud disebalik lagu dan peserta dikehendaki mendendangkan bait lagu yang mereka ingat.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 05 APRIL 2019

Masa     : 03.30 pm - 04.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

 

IMG 20190405 154505

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta. Latihan pada kali ini bertujuan bagi menambah pengetahuan bahasa inggeris kepada para peserta dimana fokus pada kali ini adalah Simple Present Tense.

 

AKTIVITI

Petugas memberi penerangan kepada peserta bagi membina ayat berdasarkan tajuk pada kali ini. Seterusnya peserta dikehendaki mencipta ayat sendiri berdasarkan apa yang telah dipelajari. Setelah selesai, peserta dikehendaki menjawab soalan yang disediakan oleh petugas berkaitan tajuk pada kali ini.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini