Tarikh    : 04 JANUARI 2019

Masa     : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

 

IMG 20190104 155104

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan untuk menambah kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Excel. Pada kali ini, peserta diajar cara bagi membuat graf menggunakan data-data yang disediakan oleh petugas.

TUJUAN

Para peserta di dikehendaki membuka microsoft Excel dan mula menaip data-data ringkas yang diberikan. kemudian mereka diajar cara bagi membuat graf mengunakan data-data yang telah ditaip sebelum ini. Peserta diterangkan bagaimana untuk membaca graf tersebut. Dengan adanya latihan seperti ini, diharap peserta dapat menggunakan bagi menyelesaikan tugasan-tugasan yang bakal diberikan oleh guru mereka nanti.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh    : 14 DISEMBER 2018

Masa     : 8.30 am - 12.45 pm

Tempat  : Pusat Internet Kuala Gris

 

poster JOM SIHAT

TUJUAN

Program Jom Sihat bersama Pusat Internet ini bertujuan bagi menggalakkan komuniti setempat agar menggunakan kemudahan Pusat Internet yang disediakan. Malah Pusat Internet juga boleh menjadi sebagai tempat untuk komuniti bagi melakukan pemeriksaan asas kesihatan. Selain itu,   program ini bertujuan bagi menarik minat komuniti untuk menyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Pusat Internet. 

AKTIVITI

Pada jam 8.30 pagi, para pengunjung dikehendaki mendaftar dan mengambil nombor cabutan bertuah. Pengunjung yang membawa telefon-telefon rosak juga boleh menghantar telefon mereka ke kaunter mobile E-waste  yang disediakan. Pihak Klinik juga telah bersedia bagi melakukan pemeriksaan kesihatan kepada pengunjung-pengunjung. Dalam proses aktiviti-aktiviti diluar, ceramah dari Doktor dari Klinik kesihatan Dabong dilangsungkan. Aktiviti-aktiviti sampingan juga dijalankan seperti mewarna kanak-kanak, Kuiz kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah serta pertandingan puzzle.

Jam 11.30 pagi, Para peserta pertandingan penyediaan makanan sihat membawa masuk makanan yang disediakan dan dinilai oleh doktor penceramah beserta pembantu-pembantunya. Aktiviti pertandingan memuatnaikakn bahan kesihatan kedalam dashboard komuniti dan download aplikasi dashboard juga dijalankan serentak di dalam bilik latihan pusat internet..

Jam 12.00 tengahhari, ucapan penutup oleh pengerusi majlis dan penyampaian hadiah dilangsung. jam 12.30 tengahhari, program bersurai.

 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 01 DISEMBER 2018

Masa     : 4.30 pm - 5.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 5 Orang

 

WhatsApp Image 2018 12 05 at 15.06.16 1

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 5 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang penggunaan applikasi dan website dashboard komuniti kepada peserta.

AKTIVITI

Para peserta di dedahkan dengan fungsi-fungsi Dashboard komuniti dan mereka dikehendaki menjawab kuiz yang terdapat didalam dashboard tersebut. Setelah itu, mereka diberi soalan di quizziz.com untuk menguji tahap pengetahuan mereka dalam menggunakan aplikasi dan website dashboard komuniti..

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Tarikh    : 16 DISEMBER 2018

Masa     : 3.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 6 Orang

 

IMG 20181216 160217

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 6 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan untuk menambah pengetahuan tentang tunjuk arah dalam bahasa inggeris kepada para peserta.

 

AKTIVITI

Para peserta di dikehendaki membuka website quizziz.com dan dikehendaki menjawab kuiz mengenai tunjuk arah dalam bahasa inggeris. Bagi peserta yang masih keliru dengan tunjuk arah dalam bahassa inggeris ini, mereka boleh mencari makna arah-arah tersebut google dan boleh bertanya kepada petugas.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 24 NOVEMBER 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 3 Orang

 

IMG 20181124 152204

TUJUAN

Latihan pada kali ini disertai oleh 3 orang peserta. Kelas pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang laman sosial yang boleh digunakan oleh peserta. Malah peserta juga boleh mencari rakan dan menggunakan laman sosial ini untuk kebaikan jika digunakan dengan baik.

 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki mencipta akaun gmail dengan bantuan oleh petugas pusat internet. SEtelah itu mereka di ajar cara membuat akaun facebook menggunakan akaun gamail yang telah dibuat sebelum itu. Mereka juga diajar cara memuatnaik  gambar dan cara mencari rakan di akaun facebook yang baru itu. Diharap dengan adanya akaun facebook dan akaun gmail ini, para peserta dapat menggunakannya untuk tujuan yang baik.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini