Quiziz.com : Kuiz Hari Raya

Tarikh         : 11 Jun 2018

Masa          : 3.30 pm – 4.30 pm

Tempat       : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta      : 10 orang

 

IMG 20180611 152519

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 10 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi menguji pengetahuan tentang adab dan amalan di hari raya.

AKTIVITI

Peserta diminta untuk membuka pautan laman sesawang seperti yang dinyatakan oleh petugas. Peserta dikehendaki menjawab soalan-soalan berkaitan adab dan amalan di hari raya. Aktiviti ini memberi keseronokan kepada peserta disamping menambah pengetahuan tentang adab dan amalan di hari raya kepada peserta.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Adobe Photoshop: Cut Out Pic & Change Background (Mask Tools) for Beginner

Tarikh    : 13 Mei 2018

Masa     : 3.30 pm – 5.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

Peserta : 5 Orang

 

IMG 20180513 164041

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 5 orang peserta dari SMK Dabong.  Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta untuk memanipulasikan gambar dengan menggunakan teknik-teknik yang terdapat dalam adobe photshop. Peserta dapat  menggunakan kemahiran ini pada masa hadapan bagi melakukan tugas-tugas mereka.

AKTIVITI

Sesi latihan perisian komputer pada kali ini menggunakan perisan Adobe Photoshop untuk memanipulasikan gambar yang sedia ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza daripada gambar asalnya dengan kata lainnya, menggabungkan dua gambar menjadi satu gambar. Pembelajaran kali ini menggunakan teknik filter dan divide terhadap imej asal. Diharapkan pembelajaran kali ini dapat mengasah kemahiran dan minat peserta untuk lebih mendalami kemahiran mengubah dan memanipulasi gambar ini untuk faedah bersama di masa hadapan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

E-Learning: Word scramble dan Proprofs.my

Tarikh         : 20 April 2018

Masa          : 2.30 pm – 3.30 pm

Tempat      : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta      : 8 orang

 

IMG20180419151620

Tujuan

Sesi latihan ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Latihan kali ini memberi pendedahan kaedah E-Pembelajaran dengan menggunakan laman sesawang ProProfs Brain Games di pautan www.proprofs.com.

 

Aktiviti

Peserta diminta untuk membuka pautan laman sesawang seperti yang dinyatakan oleh petugas. Peserta dikehendaki untuk menyusun kembali perkataan yang terdiri daripada peralatan ICT dan Internet telah dikucar-kacirkan supaya menjadi perkataan yang betul. Aktiviti ini memberi keseronokan kepada peserta disamping menambah kosa kata kepada peserta.

Diharapkan peserta dapat mengambil manfaat daripada apa yang mereka pelajari pada sesi kali ini.

 

 

 

Public Speaking: Introduce Yourself

Tarikh    : 04 Mei 2018

Masa     : 3.30 pm – 5.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

Peserta : 10 Orang

 

IMG 20180504 160910

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 10 orang peserta tingkatan 1 dari SMK Dabong. Latihan kali ini bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri peserta untuk bercakap dalam Bahasa inggeris dan Bahasa melayu di khalayak ramai. Selain itu, dengan adanya latihan seperti ini, para peserta dapat meningkatkan tahap penggunaan Bahasa melayu dan Bahasa inggeris mereka. Peserta juga dapat menguasai penggunaan Microsoft power point semasa pembelajaran kali ini.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki menonton video bagi melihat contoh bagaimana proses pengenalan diri dilakukan. Selepas itu, mereka dikehendaki untuk menaip tentang diri mereka menggunakan Microsoft Power point. Seterusnya, para peserta dikehendaki melakukan ucapan pengenalan diri di hadapan kawan-kawan mereka menggunakan maklumat yang telah ditaip di Microsoft power point. Diharap dengan adanya latihan seperti ini, maka para peserta dapat membina keyakinan diri dan lebih yakin untuk melakukan pembentangan semasa di sekolah.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

 

SAPS: Semakan keputusan Peperiksaan

Tarikh        : 16 April 2018

Masa         : 4.00 pm - 5.00 pm 

Tempat      : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

Peserta     : 7 orang

 

IMG 20180416 155418
Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 7 orang peserta tingkatan 1 dari Sekolah Menengah Kebangsaan Dabong. Latihan pada kali ini bertujuan bagi memberi pendedahan kepada peserta tentang cara-cara bagi memeriksaan keputusan peperiksaan mereka. Memandangkan mereka baru sahaja selesai ujian pertama dan teruja untuk mengetahui keputusan masing-masing dan tidak biasa menggunakan sistem SAPS, dengan adanya sesi latihan ini,maka ,mereka dapat mengetahui keputusan mereka dan dapat memaklumkan kepada ibu bapa masing-masing. 

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki melayari laman sesawang sapsibubapa.net. Selepas itu, mereka dikehendaki memasukakan nombor kad pengenalan, nama sekolah dan tahun peperiksaan diambil. Mereka juga boleh mencetak keluar keputusan tersebut bagi diberikan kepada ibubapa masing-masing. Jika mereka mengalami masalah, mereka boleh rujuk kepada petugas pi1m.