E-Learning: Permainan Pendidikan - Mewarna Online

Tarikh              : 6 Januari 2017

Masa               : 10.30am – 11.30am

Tempat            : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta            : 6 orang

 

20180106 110543

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar tahap 1 sekolah rendah Kampung Kuala Gris. Mewarna dalam talian ini dijalankan bertujuan untuk menerapkan kemahiran berfikir secara kreatif dan mengajar mereka supaya lebih fokus dalam menjalankan sesuatu aktiviti. Selain itu, mereka juga dapat meningkatkan kemahirran penggunaan tetikus bagi memilih warna-warna yang mereka mahu.

Aktiviti

Pada awalnya, para pelajar didedahkan dengan pengenalan kepada website permainan pendidikan iaitu Uptoten. Selepas itu,mereka dikehendaki memilih lakaran yang ingin diwarnakan dan aktiviti mewarna dimulakan. Para pelajar dibenarkan mewarna mengikut kreativiti masing-masing.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Pengenalan kepada internet: Viewing Google Street View

Tarikh              : 4 Januari 2018

Masa               : 4.00pm – 5.00pm

Tempat            : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta            : 6 orang

 

IMG20180104162334

 

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 6 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Tujuan latihan kali ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai asas internet yang terlalu banyak boleh diterokai untuk tujuan pendidikan.

 

Aktiviti

Peserta diminta oleh Pengajar untuk membuka aplikasi Google Map dengan menggunakan pelayar Google Chrome. Kemudiannya peserta ditugaskan untuk mencari tempat atau kampung yang sedang peserta tinggal sekarang ini. Seterusnya peserta diminta untuk meneroka tempat-tempat menarik di Malaysia seperti Dataran Merdeka, Menara Petronas KLCC dan Menara Kuala Lumpur. Diharapkan peserta dapat memanfaatkan apa yang dipelajari dalam sesi kali ini.

 

E-Pembelajaran & Tutorial: EASY MATH: Learn Multiplication using Japanese multiplication method

Tarikh              : 3 Disember 2017

Masa               : 3.30pm – 5.30pm

Tempat            : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta            : 10 orang

 

IMG 20171203 164542

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 10 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Kampung Kuala Gris. Tutorial matematik ini dijalankan bertujuan untuk memberi lebih pendedahan kepada peserta tentang kepelbagaian dalam pengiraan Multiplication dan betapa mudahnya matematik. Dengan cara penggunaan darab yang senang dan cepat ini, pelajar dapat menggunakannya dalam menjawab peperiksaan kelak.

Aktiviti

Pada awalnya, para pelajar didedahkan dengan cara pengiraan melalui video. Selepas mereka dapat memahami cara pengiraan, mereka diberi 7 soalan mudah dan dikehendaki menjawab soalan tersebut menggunakan kaedah pengiraan yang ditunjukkn didalam video. Jika masih ada yang tidak dapat memahami cara pengiraan, mereka diberi peluang untuk melihat kembali video yang ditayangkan sebelum ini. Selain itu, pengurus juga sentiasa memberi bimbingan dalam sesi tersebut.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

LAPORAN HARI KESIHATAN KUALA GRIS

 

Tarikh              : 13.12 .2017 (RABU)

Masa               : 07.30am – 01.00pm

Tempat            : Perkarangan Pi1M Kuala Gris

Anjuran           : KOSPEN Kuala Gris dengan Kerjasama PI1M Kuala Gris

 

Poster Hari Kesihatan Kuala Gris

TUJUAN

Hari Kesihatan Kuala Gris telah dianjurkan oleh KOSPEN Kuala Gris dengan kerjasama oleh Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris. Program ini bertujuan bagi memberi kesedaran kepada semua penduduk sekitar tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan. Selain itu, penduduk juga dapat melakukan pemeriksaan kesihatan secara percuma dan dapat menyertai aktiviti-aktiviti lain yang di jalankan semasa program berlangsung.

AKTIVITI

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah berjalan 10,000 langkah mengelilingi kampung, pemeriksaan kesihatan percuma, saringan tibi, pertandingan karom, dam haji, congkak, batu seremban dan cabutan bertuah. Seramai 113 penduduk telah menjalankan pemeriksaan kesihatan. Ini menunjukkan betapa mereka cakna  dengan kesihatan masing-masing dan sanggup menyertai program ini walaupun dilangsungkan pada hari bekerja. Antara pemeriksaan yang dilakukan adalah pemeriksaan kandungan gula dalam darah, tekanan darah dan bacaan BMI. Untuk menarik lebih ramai penduduk bagi menyertai program ini, 4 permainan tradisi Kampung dipertandingkan iaitu pertandingan dam haji, karom, congkak dan batu seremban. Dengan adanya pertandingan ini, maka semakin meriah program hari Kesihatan Kuala Gris.

Dengan kerjasama dari semua pihak, program yang dianjurkan berjalan lancar dengan jayanya.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

LATIHAN MICROSOFT OFFICE WORD

Tarikh              : 25.11.2017

Masa               : 11.30am – 12.30pm

Tempat            : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta            : 5 orang

20171125 115101

 

Tujuan

Sesi latihan Microsoft Word kali ini disertai oleh 5 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Kampung Kuala Gris. Latihan ini dijalankan bertujuan untuk memberi pengukuhan kemahiran penggunaan Microsoft Office Word kepada peserta.

Aktiviti

Para peserta diajar berkenaan cara untuk membuat table atau kotak dengan menggunakan Micorosoft Office Word. Untuk sesi kali ini, peserta diajar untuk membuat kotak sifir. Selain dapat memberi pengukuhan kepada kemahiran penggunaan Microsoft Office Word, peserta juga mendapat manfaat daripada hasil pembelajaran kotak sifir tersebut khususnya dalam bidang pembelajaran subjek Matematik.

 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini