HARI TERBUKA PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KUALA GRIS

Tarikh   : 19 Mac 2018

Masa    : 7.00 am - 1.00 pm

Tempat : Perkarangan PI1M Kuala Gris

 

IMG 20180319 123535

TUJUAN

Program Hari Terbuka Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris diadakan bagi mengeratkan silaturahim diantara petugas PI1M serta komuniti setempat. Selain itu, program ini juga bertujuan bagi menarik lebih ramai penduduk bagi menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Dengan kata lain program ini bertujuan bagi mempromosikan pusat internet 1Malaysia. Selain itu, terdapat aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan bertujuan untuk memudahkan penduduk kampung seperti pemeriksaan kesihatan dan ceramah kesihatan tentang kesedaran merokok dan cara berhenti mereka. Diharap dengan berlangsungnya program ini, maka dapat menarik lebih ramai penduduk setempat untuk mengunjungi PI1M.

AKTIVITI

Pada jam 7.30 pagi, semua penduduk dikehendaki mendaftar dan mereka diberikan nombor cabutan bertuah. Pada jam 8.00 pagi sehingga 10.00 pagi, acara sukaneka, bengkel usahawan ICT: platform media social usahawan, muat turun aplikasi serta kuiz PI1m dan klik dengan bijak dilangsungkan secara serentak bagi memeriahkan suasana.

Pada jam 9.30 pagi, pemeriksaan kesihatan dijalankan sambil berlangsungnya pembahagian hadiah dan cabutan bertuah bagi acara pada sesi pagi. Pada jam 10.00 pagi, bengkel asas video dan fotografi usahawan dijalankan beserta kuiz mobile E-waste.

Jam 11.00 pagi, ceramah kesihatan: tips berhenti merokok daripada doktor dari klinik kesihatan Dabong dilangsungkan dan disertai oleh pelajar-pelajar dari Giat Mara Jelawang. Pada jam 12.00 tengahhari, majlis penutup dan penyampaian hadiah serta sijil kepada pemenang dan peserta dilangsungkan. Setelah selesai semua program, para jemputan VIP dijamukan dengan juadah yang disediakan dan majlis bersurai.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

ISLAM WEB KIDS: The Two Testimonies of Faith

Tarikh        : 18 Mac 2018

Masa         : 10.00 am - 12.00 pm

Tempat      : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

 

IMG 20180318 110209

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 4 orang peserta dari sekolah rendah kebangsaan Kuala Gris. Latihan pada kali ini bertujuan untuk memberi lebih pendedahan mengenai Islam. Melalui website ini, peserta boleh belajar mengenai sejarah Islam dan pelbagai lagi mengenai Islam.

 

Aktiviti

Peserta dikehendaki melayari website Islam Web Kids. setelah itu, mereka boleh memilih kategori pelajaran yang mereka ingin pelajari. Peserta dikehendaki melihat video berkenaan bukti keyakinan kepada Islam. Jika mereka mengalami sebarang masalah untuk memahami video, mereka boleh rujuk kepada petugas Pi1M. 

 

 

Tarikh              : 8 Februari 2018

Masa               : 9.00am – 12.00pm

Tempat            : Sekolah Kebangsaan Kuala Gris

 

bergambar bersama sama Ana Muslim

TUJUAN

Pelancaran program nilam Sekolah Kebangsaan Kuala Gris ini bertujuan untuk menerapkan kepada pelajar tentang betapa pentingnya membaca dalam menuntut ilmu. Selain itu, program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang fungsi perpustakaan dan kepentingannya terhadap mereka. Dengan adanya kerjasama daripada Ana Muslim Distributors Sdn Bhd, diharap pelajar akan lebih tertarik untuk mengikuti program nilam yang dianjurkan oleh perpustakaan sekolah.

AKTIVITI

Pelajar dikehendaki berkumpul di dalam dewan. Selepas perasmian pelancaran oleh guru besar sekolah dan taklimat daripada pihak sekolah dan Ana Muslim Distributors Sdn Bhd, pelajar diberi peluang untuk bertanya soalan dan bergambar bersama Ikon Ana Muslim. Pertandingan mewarna dimulakan mengikut kelas masing-masing. Selesai semua aktiviti, majlis diteruskan dengan pembahagian hadiah kepada pemenang. Selepas itu, pelajar diberi peluang untuk mengunjungi gerai menjual koleksi-koleksi buku dari Ana Musim.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

ABCya: Math Quiz

Tarikh    : 21 Februari 2018

Masa     : 4.30pm - 5.30pm

Tempat  : Bilik Latihan PI1M Kuala Gris

Peserta : 8 orang

 

20180221 165657

 

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rendah. Tujuan latihan kali ini adalah bagi memberi kesedaran kepada peserta bahawasanya permainan online bukan sekadar tempat untuk bermain malah boleh juga dijadikan sumber untuk belajar. Selain itu, pelajar juga dapat memperbaiki kemahiran matematik mereka.

Aktiviti

Memandangkan peserta pada kali ini merupakan pelajar sekolah rendah yang mementingkan keseronokan berbanding pembelajaran, maka kami menggunakan alternatif belajar sambil bermain dengan menggunakan website ABCya. Sambil bermain, peserta dapat menimba ilmu. pada awalnya peserta dikehendaki membuka website ABCya dan mereka dikehendaki membuka soalan matematik dan menjawabnya. Peserta dapat melihat kemampuan mereka kerana jawapan mereka akan terus dinilai. Jika peserta tidak berpuas hati dengan markah yang mereka perolehi, mereka boleh menjawab kembali soalan tersebut. Ini dapat meningkatkan kemahiran matematik mereka. Diharap peserta dapat menilai kebaikan permainan online dan menggunakan dengan bijak pada masa hadapan.

 

 

 

Program Advokasi & Pengenalan Komputer Murid Pra Sekolah Arif SK Kuala Gris

Tarikh              : 5 Februari 2018

Masa               : 10.00am – 12.00pm

Tempat            : Perpustakaan Desa

Anjuran           : Perpustakaan Desa dengan kerjasama PI1M Kuala Gris

 

FB IMG 1517984204395

  

TUJUAN

Program advokasi dan pengenalan komputer murid prasekolah Arif ini telah dianjurkan oleh Perpustakaan Desa Kuala Gris dengan kerjasama oleh Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris. Program ini bertujuan bagi memberi pendedahan ICT kepada murid prasekolah. Dengan adanya pendedahan seperti ini sejak dari awal persekolahan lagi, ianya dapat membantu murid memperkembangkan kebolehan dari segi mengguna, mengurus dan memahami ICT.

AKTIVITI

Semua murid berkumpul di Perpustakaan Desa pada pukul 10.00 pagi. Selepas itu, Netbook di agihkan kepada setiap murid. Mereka diajar cara menggunakan komputer dengan kerjasama daripada petugas perpustakaan dan petugas PI1M serta bantuan dari guru prasekolah. Pendedahan seperti ini dapat meningkatkan kemahiran menggunakan komputer bagi pelajar. Diharap dengan pendedahan seperti ini, mereka dapat mempraktikkan kemahiran penggunaan komputer dalam pembelajaran mereka kelak.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini