Tarikh    : 6 Oktober 2018

Masa     : 2.30 pm - 3.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 9 Orang

 

IMG 20181006 151812

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 9 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk melatih kemahiran menaip secara pantas kepada peserta sekolah rendah. 

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka aplikasi rapid typing dan mula menaip bermula dari tahap awal. Setelah mereka selesai menaip tahap pertama dan mendapat markah yang memuaskan , mereka boleh meneruskan ke tahap yang seterusnya sehingga selesai semua tahap dan ujian yang disediakan.

Diharap dengan adanya latihan seperti ini, para peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran menaip mereka dan dapat menggunakannya pada masa hadapan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

 

Tarikh    : 5 Oktober 2018

Masa     : 3.00 pm - 4.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 4 Orang

 

IMG 20181005 160547

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 4 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk menguji tahap pengetahuan asas fardhu ain setiap peserta. Selain itu, peserta dapat menambah pengetahuan fardhu ain mereka dan dapat mempraktikkan pengetahuan tersebut.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka pautan sesawang kahoot.it dan menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh petugas. Peserta juga dibantu oleh petugas jika ada soalan yang tidak dapat dijawab dan mengalami masalah  memahami soalan yang diberikan.  

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 15 September 2018

Masa     : 8.00 am - 1.00 pm

Tempat  : Gua Ikan, Dabong Kelantan

Anjuran : Perpustakaan Desa (PNM) Zon 4 Kelantan

 

IMG 20180910 WA0006

TUJUAN

Program anjuran Perpustakaan Desa (PNM) Zon 4 Kelantan ini bertujuan bagi menyemarakan semangat kemerdekaan dalam kalangan penduduk setempat. 

AKTIVITI

Sesi pendaftaran bermula pada pukul 8 pagi. Peserta dan pengunjung menyertai aktiviti senamrobik dan di ikuti dengan acara-acara sampingan. Setelah itu, aktiviti meneroka gua keris dimulai. Semua peserta yang telah mendaftar terlebih dahulu dikehendaki mengisi dan menandatangani surat persetujuan bagi keselamattan masing-masing. Setelah itu, Ketibaan Timbalan Pengarah Perpustakaan Desa dan perasmian dimulai. Sesi pembahagian hadiah dan saguhati beserta cabuatan bertuah dimulai. Akhir sekali,  semua bersurai. 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Tarikh    : 21 September 2018

Masa     : 2.30 pm - 4.30 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 7 Orang

 

IMG 20180921 151332

 

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 7 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk melatih kemahiran menaip secara pantas kepada peserta. Latihan pada kali ini juga bertujuan bagi menguji kepantasan menaip peserta setelah berlatih.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka pautan sesawang 10Fastfingers.com dan memulakan latihan menaip. Peserta dikehendaki menaip sebanyak mungkin perkataan yang diberikan dalam masa satu minit. Peserta dikehendaki membuat semula latihan tersebut dalam masa satu jam. Jam yang seterusnya, peserta menyertai ujian menaip sebanyak tiga pusingan. Pemenang akan dikira melalui perkataan yang ditaip dalam masa seminit. Pemenang pada kali ini adalah adik Faqihah, dimana adik faqihah menaip 36 perkataan dalam masa seminit.

Diharap dengan adanya latihan seperti ini, para peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran menaip mereka dan dapat menggunakannya pada masa hadapan.

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

Tarikh    : 14 September 2018

Masa     : 5.00 pm - 6.00 pm

Tempat  : Bilik Latihan Pusat Internet Kuala Gris

Peserta : 8 Orang

 

IMG 20180914 165350

TUJUAN

Sesi latihan kali ini desertai oleh 8 orang peserta.  Latihan pada kali ini bertujuan untuk menguji minda peserta di dalam subjek bahasa inggeris dan tahap pengetahuan peserta dalam menjawab soalan-soalan yang disediakan. Latihan pada kali ini juga memberi fokus kepada info kesihatan yang wajib bagi setiap peserta tahu iaitu tentang pemakanan yang sihat.

AKTIVITI

Peserta dikehendaki membuka laman sesawang kahoot.it dan menjawab kuiz bahasa inggeris yang telah disediakan oleh petugas. Fokus kuiz pada kali ini adalah mengenai kosa kata dan sebutan dalam bahasa inggeris. Setelah itu, peserta dikehendaki menjawab kuiz mengenai pemakanan sihat bagi menguji pengetahuan peserta dalam pengambilan makanan setiap hari.

Diharap dengan adanya aktiviti pelajaran dan uji minda seperti ini, peserta dapat menjawab dengan jayanya dalam peperiksaan mereka nanti dan dapat mempraktikkan dalam kehidupan seharian mereka. 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini