LATIHAN PERISIAN ADOBE PHOTOSHOP

 

Tarikh              : 17.11.2017

Masa               : 9.30am – 11.30am

Tempat            : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

Peserta            : 8 orang

 

IMG20171117095919

Tujuan

Sesi latihan kali ini disertai oleh 8 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah Kampung Kuala Gris. Latihan Perisian Adobe Photoshop ini dijalankan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta berkenaan dengan perisian ini.

Aktiviti

Para peserta diajar berkenaan dengan teknik untuk memanipulasikan imej sebiji mentol dengan imej air mengikut pilihan peserta. Setelah imej-imej tersebut disatukan, imej tersebut diolah dengan teknik pewarnaan supaya menjadi imej yang menarik untuk dipersembahkan.

 

Untuk Lebih Banyak Gambar Klik Disini

 

Latihan Perisian Adobe Photoshop

 

Tarikh    :  13 Oktober 2017

Tempat  :  Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Seramai lima orang peserta telah mengikuti latihan mingguan yang dijalankan di Pusat Internet 1Malaysia Kuala Gris pada kali ini. Sesi latihan perisian komputer pada kali ini menggunakan perisan Adobe Photoshop untuk memanipulasikan gambar yang sedia ada dan mengubahnya menjadi sesuatu yang berbeza daripada gambar asalnya. 

Pembelajaran kali ini menggunakan teknik filter dan divide terhadap imej asal. Disamping teknik-teknik tersebut, peserta mengulangkaji teknik kembali teknik-teknik yang telah dipelajari sebelum ini.

Diharapkan pembelajaran kali ini dapat mengasah kemahiran dan minat peserta untuk lebih mendalami kemahiran mengubah dan memanipulasi gambar ini untuk faedah bersama di masa hadapan.

 

Aktiviti Perisian Adobe Photoshop

 

Latihan E-Learning English Central

 

Tarikh   :  28 Oktober 2017

Tempat : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Latihan e-pembelajaran kali ini menggunakan modul English Central. Seramai lima peserta menyertai sesi yang dijalankan pada kali ini. Sesi pembelajaran secara interaktif menggunakan video sebagai asas pengajaran sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mempelajari bahasa Inggeris dengan lebih mudah. 

Pada permulaan sesi pembelajaran pelajar didedahkan dengan tontonan video berdasarkan topik pembelajaran yang dipilih iaiti "Grammar : Adjective & Adverbs. Seterusnya pelajar perlu menulis kembali perkataan-perkataan berdasarkan video yang ditonton tersebut. Setelah itu, pelajar dikehendaki menuturkan kembali perkataan sebagai mana yang tertera pada video yang ditonton itu.

Panduan dan penerangan turut disertai bersama-sama dengan video yang peserta tonton.

Diharapkan sesi pembelajaran kali ini dapat dapat menarik lebih lagi minat para peserta untuk mempelajari bahasa Inggeris.

 

Aktiviti English Central

 

 

BENGKEL KESELAMATAN SIBER SK MEMPELAM JELAWANG.

Tarikh     : 28 September 2017
Tempat   : Sekolah Kebangsaan Mempelam Jelawang

Satu Bengkel Keselamatan Siber telah dianjurkan oleh SK Mempelam Jelawang dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Kluster Kuala Krai. Pengisian bengkel tersebut berintipati penggunaan internet secara bijak, kempen keselamatan siber Klik Dengan Bijak, kuiz siber dan permainan sebagai aktiviti selingan.

Bengkel ini disertai oleh murid-murid Tahun Enam yang baru sahaja tamat peperiksaan UPSR dan murid-murid Tahun Lima dan Empat serta guru-guru SKMJ.

SK jelawang

 

LATIHAN MICROSOFT OFFICE EXCEL 

Tarikh   : 15 September 2017
Tempat : Bilik Latihan Pi1M Kuala Gris

 

Latihan mingguan yang dijalankan di Pi1M Kuala Gris disertai oleh empat orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Sesi latihan kali ini memberi penumpuan kepada fomula mudah yang terdapat dalam MS Excel.

Latihan excel